Thursday, April 21, 2016

Cikgu telah kembali !!!

Bismillahirahmannirahim

Sudah terlalu lama saya tak update blog ni. Last pada November 2011. Tu last update! kalau tengok bila blog ni wujud?? dan dari tarikh blog ni start wujud sampai 2011 tak sampai 10 post pun. HAHAHA. Hampir 5 tahun blog ni tersadai begitu saja.

My first post August 2009. hahaha

Dari hari ke hari saya cuba meningkatkan taraf hidup saya. Selama 5 tahun kini saya sudah memiliki rumah sendiri (teres 2 tingkat di shah alam). Sebuah kereta MPV toyota 2.4cc serta dikurniakan seorang lagi cahaya mata pada tahun 2012. Semua rezeki ni ALLAH yang bagi.

Ikut seperti yang telah dirancang Insyallah akan dipermudahkan. Betul kata ramai pakar2 kewangan bahawa untuk berjaya menguruskan kewangan diri bukan sehari-dua.. Tahun 2011 dan sebelumnya saya tidak mempunyai apa2. Menumpang rumah mertua. Kereta Waja beli 2nd hand.. Hampir 5 tahun saya merancang kewangan diri. Pelbagai usaha saya telah lakukan. Macam2 kerja part time saya buat. Akhirnya baru saya sedar bahawa ILMU adalah sangat penting. Dah banyak kelas tentang ilmu pelaburan, ilmu kewangan, ilmu internet marketing dan setiap kelas yang saya dah pergi dan ianya berbayar.

Pelaburan dalam ILMU sangat penting. Bukan hari ini labur esok terus kaya. Belajar lah dan teruskan belajar. Jangan berhenti. Ok nanti kita sambung lagi.


- Cikgu Jutawan-